Headlines News :

Total Pageviews

JOM Kub'bang Ikang



Program “Jom Ku’bang Ikang” yang diadakan oleh komuniti kampung Teluk Paku  pada 22 april (Jumaat) ini.

Menurut Pengerusi J3K Teluk Paku merangkap Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Paku, Haji Ayob Mamat, program yang diadakan ini bagi memberi pendedahan kepada anak-anak yang lahir pada tahun 90 an dan 2000 yang tidak pernah melihat aktiviti ini secara langsung dan mengembalikan nostalgia zaman sebelum itu.

“Memang setiap tahun ada dari kalangan penduduk kampung melakukan aktiviti ini dan minggu ini kita perhebatkan lagi dengan menjemput media untuk bersama merasai suasana kub’bang ikang ni… ,

“kalau dulu-dulu selepas ngetam padi (menuai padi) aktiviti ini selalu dilakukan dan kini dibuat dalam kelompok yang kecil’

“Aktiviti ini juga akan dibuat dengan menggunakan kaedah dan cara dulu dengan dimulakan sesi mengambat ikan, benteng tanah liat dan menimba air,” ujurnya.

Sehubungan dengan itu, program tersebut telah menjadi aktiviti rutin kepada penduduk kampung itu dan ia akan dimulakan pada awal pagi jumaat nanti.

“Program ini dilakukan pada musim air baruh kering(kemarau) dan akan mencari lubuk-lubuk ikan yang masih mempunyai air bertakung’

“kawasan tanah baruh(sawah) terbiar di sekitar kampung ini banyak terdapat lubuk ikan yang telah dikenal pasti bagi tujuan itu,” katanya.

Turut sama menjayakan aktiviti ini Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Terengganu (JPININT) Daerah Kuala Terengganu, Gerakan Belia 4 B(C) Teluk Paku, UMNO Cawangan 4 Peringkat, pengamal media Terengganu dan warga Teluk Paku keseluruhannya yang telah memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan program ini.


Harga Barang Perlu Turun dan Bukan Alasan Lagi

zamani
Harga minyak untuk pasaran Malaysia turun lagi, bagi RON95 pulak harga diturunkan sebanyak 10sen menjadikan harga terbaru adalah RM 1.75 seliter.

 

Bermula 1 Februari 2016(12.00 talam tadi) harga runcit minyak turun lagi sebanyak 20 sen untuk RON97 menjadikan harga terkini adalah RM2.05 seliter.

Manakala, bagi minyak diesel, harga turun sebanyak 25 sen dan harga terbaru adalah RM 1.35 seliter sekaligus penurunan ini disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Sebelum ini, pada awal Januari yang lalu, harga sebenar untuk RON95, RON97 dan diesel adalah RM1.85 seliter, RM2.25 seliter dan RM1.60 seliter.

Sehubungan dengan itu Pengerusi Kelab Anak Muda Inovatif Kuala Terengganu (KAMI) Mohd Zamani Ayob berkata, penurunan itu satu rahmat kepada pengguna-pengguna minyak petrol dan diesel di negara ini .

“Dalam tempoh tiga bulan ini sahaja sudah dua kali minyak diturunkan kerajaan berikutan harga pasaran minyak dunia semakin menurun akan tetapi harga barang keperluan masih kekal dan ada yang naik”

“Perkara sebegini pihak berwajib perlu memainkan peranan untuk memantau  harga  agar peniaga tidak sewenang –wenangnya menaikkan harga sesuka hati ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang dunia yang teruk”

“Dulu… masa harga minyak naik para peniagan memberi asalan kos pengangkutan meningkat dan kini kos pengankutan menurun… Kenapa masih tidak menurunkan harga barangan?”, katanya ketika dipetik dari portal alifbaata.com.

Selain itu, beliau menyeru kepada pengguna-pengguna agar bijak membuat pilihan dan boikot mana-mana kedai atau pasaraya yang menaikkan harga barang keperluan harian dan sebagainya.

“Kita sebagai pengguna mempunyai kuasa beli dan jika kita sama-sama boikot kedai atau pasaraya itu secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan mereka dan akhirnya mereka akan menurunkan harga barang seperti kehendak pengguna hari ini”, ujurnya.

Warga Emas Hampir di TIPU Sebanyak RM 5000

pkcik

Kuala Terengganu : Cubaan menipu wang simpanan seorang warga emas yang juga gelandangan yang berada di sekitar Kuala Terengganu semalam.

Peristiwa itu berlaku apabila seorang lelaki yang mengenali warga emas itu telah mengaku bahawa dirinya anak tiri kepada Jusoh (Bukan nama Sebenar) telah datang bertemunya dengan menyatakan mahu memasukan wang ke dalam akaun Jusoh.

Kisah Nya Disini ::::::

Seorang warga emas (nama di rahsiakan) gelandangan ditemui duduk di hadapan pejabat E-Aduan TTB di Paya Keladi dalam keadaan murung dan tidak berbaju, seorang pegawai daripada kaunter informasi TTB tersebut keluar bertanya apa yang telah terjadi dan apa-apa yang boleh dibantu.

Warga emas tersebut menceritakan :

“Marengg, ada sorang laki nok rompok pokcik nok ambil duit pokcik.., dia mari ngaku anok tiri pokcik, pastu ajok pokcik ke bank, dia kata nak masuk duit ke pokcik, tapi sampai di bank dia ambil ic pokcik. Pastu pokcik dengar dia kata wat kluar duit nak wat bayor kete…. “

dia berhenti seketika dan menyelukkan tangan ke dalam saku seluarnya sambil mengeluarkan satu resit sejumlah wang yang besar telah di keluarkan oleh si penipu tersebut.

Kerana kasihan dengan keadaan warga emas tersebut, pegawai kaunter khidmat TTB tersebut mengajak beliau masuk ke dalam pejabat dan meminta agar beliau menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku dan membeli makanan & minuman, dan salah seorang pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri yang turut berada di situ menyarungkan baju kepadanya.

Kemudian dalam keadaan nada yang sedih, warga emas tersebut menyambung ceritanya :

“dia nak baham duit dah…” (kata nak wak masuk duit, tetiba nak bayar kereta), “pastu pokcik dapat tahu terus pokcik rampas duit tu lempor balik masuk ke kaunter bank. 

Tapi dia sempat lari, ambik ic, beg duit pokcik ”

pastu guane terjadi pokcik?

Warga emas itu terdiam…

Salah seorang pegawai bertugas terus membuat panggilan kepada pihak polis, tak sampai 10 minit dua orang pegawai penyiasat daripada PDRM tiba di Pejabat E-Aduan TTB.

Selepas Pegawai kaunter Aduan TTB menceritakan sedikit kisah berkenaan warga emas tersebut, pihak polis memohon agar pegawai tersebut turut serta bersama warga emas tersebut ke balai polis IPK Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis.

Setelah laporan polis di buat, warga emas tersebut di bawa ke bank BSN di mana beliau telah di tipu oleh lelaki tersebut dan berjumpa dengan pegawai yang sama bagi mendapatkan penjelasan.

Pegawai bank tersebut memaklumkan memang ada sehari sebelum kejadian warga emas tersebut dengan seorang lelaki yang datang untuk membuat pengeluaran wang mengunakan ic warga emas tersebut, apabila pegawai bank itu bertanya kepada lelaki itu kenapa hendak mengeluarkan wang tersebut dia memberitahu untuk membeli kereta, dan semasa itu juga apabila warga emas itu terdengar terus merampas wang daripada lelaki tersebut dan melemparnya kepada pegawai kaunter bank.

Lelaki yang cuba menipu itu terkejut dengan tindakan warga emas itu dan terus lari bersama IC warga emas tersebut apabila sedar tindakannya yang cuba menipu dapat di hidu oleh pegawai bank dan pegawai keselamatan yang bertugas.

Selepas itu pegawai bank itu memasukkan kembali wang yang telah di keluarkan ke dalam akaun warga emas tersebut…

Itulah kejadian sebenar apa yang berlaku, selepas itu pihak polis dan pegawai kaunter TTB tersebut telah berbincang dan membuat keputusan menghantar warga emas tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kerana warga emas tersebut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai anak tetapi mempunyai saudara mara di Kuala Terengganu yang tidak mempedulikannya.

Alhamdulillah kes itu selesai, dan warga emas tersebut bernasib baik kerana tidak tertipu dan hikmah yang dapat di simpulkan..

Allah S.W.T sentiasa akan menolong hambanya yang teranyia.. dan kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain.

Salam Transformasi Terengganu Baharu (TTB)

Wassalam.

Kiriman seorang hamba Allah yang turut berada di tempat kejadian.

Seloka Berbalas Pantun

Pantun Perkenal Diri
Mgahi Teluk Paku Waktu Tengahari,
Dalam Program Jelajah Pantun Bersiri,
Izinkan Saya Memperkenalkan Diri,
Mohd Zamani  Ayob Nama Beri.

Mencari Timba Si Anak Dara,
Di Bawah Sarang Burung Tempua;
Salam Sembah Pembuka Bicara,
Selamat Datang Kru Trg Fm Semua.

Sayang Kumbang Mencari Makan,
Terbang Seiring Di Tepi Kali;
Selamat Datang Kami Ucapkan,
Moga Diiringi Restu Ilahi.


Pantun Pembuka Majlis

Melati Kuntum Tumbuh Melata,
Sayang Merbah Di Pohon Cemara;
Assalammualaikum Mulanya Kata,
Saya Sembah Pembuka Bicara.

Ingin Rasa Memakan Kari,
Kari Cendawan Batang Keladi;
Girang Rasa Tidak Terperi,
Bertemu Tuan Yang Baik Budi.



 
Ke Pekan Kuala Membeli Bingka,
Sayang Pesanan Terlupa Sudah;
Majlis Bermula Tirai Dibuka,
Dengan Alunan Madah Yang Indah.

Indah Berbalam Si Awan Petang,
Berarak Di Celah Pepohon Ara;
Pemanis Kalam Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.


Pantun Bacaan Doa

Kalau Pergi Tanjung Keramat,
Anak Manis Jangan Diangkat;
Bersama Kita Memohon Rahmat,
Moga Majlis Mendapat Berkat.

Tetak Buluh Kajang Sepuluh,
Laksana Dititing Kias Ibarat;
Angkat Tangan Jemari Sepuluh,
Doa Di Pohon Biar Selamat.

Garam Ada Kicap Pun Ada,
Sayang Lada Terlupa Bagi;
Pantun Ada Ucapan Ada,
Sayang Tiada Berdoa Lagi.

Lebat Kemiri Pohonnya Rendah,
Dahan Terikat Tali Perkasa;
Sepuluh Jari Kami Menadah,
Mohon Berkat Yang Maha Esa.

Tetak Buluh Kajang Sepuluh,
Mari Jolok Sarang Penyengat;
Angkat Tangan Jemari Sepuluh,
Doa Di Pohon Biar Selamat.

Pantun Jemput Makan

Lebat Rumbia Di Sungai Kedah,
Sayang Senduduk Di Tepi Muara;
Penganan Mulia Terletak Sudah,
Samalah Duduk Menjamu Selera.

Terbang Sekawan Si Burung Merbuk,
Batang Selasih Di Tanjung Dara;
Padamu Tuan Kami Persembah,
Santapan Kasih Juadah Mesra.

Kalau Tuan Pikat Cemara,
Buatlah Bara Bakar Selasih;
Sudilah Tuan Jamu Selera,
Hidangan Mesra Pengikat Kasih.

Sungguh Indah Bunga Kemboja,
Di Bawah Atap Tepi Halaman;
Juadah Sudah Letak Di Meja,
Sudilah Santap Tuan Budiman.

Pantun Ucapan Alu-Aluan

Bukan Rumput Sebarang Rumpun,
Rumput Penghias Tepi Halaman;
Bukan Jemput Sebarang Jemput,
Jemput Memohon Kata Aluan.

Duduk Sekawan Gadis Jelita,
Buat Santapan Untuk Pahlawan;
Tampillah Tuan Kami Meminta,
Madah Ucapan Kata Aluan.

Sudilah Tuan Jalan Berlapan,
Jalan Berlapan Di Malam Kelam;
Sudilah Tuan Beri Ucapan,
Kata Aluan Pemanis Kalam.

Emas Tempawan Buatmu Puteri,
Busana Indah Buat Rupawan;
Sudilah Tuan Tampilkan Diri,
Bersama Madah Kata Aluan.

Pantun Jemputan Ucapan

Terbang Di Awan Burung Jentayu,
Di Atas Papan Batang Selisih;
Tampillah Tuan Kami Merayu,
Bersama Ucapan Pengikat Kasih.

Besar Langit Di Tepi Busut,
Besar Tak Muat Di Dalam Peti;
Besar Hajat Kami Menjemput,
Besar Niat Di Dalam Hati.

Duduk Sekawan Si Burung Unta,
Tepi Keramat Di Waktu Malam;
Pada Mu Tuan Kami Meminta,
Kata Azimat Penutup Kalam.

Terbang Di Awan Burung Jentayu,
Kerana Penat Gugur Ke Bumi;
Tampillah Tuan Kami Merayu,
Bersama Amanat Bekalan Kami.

Pergi Ke Kota Beli Selasih,
Sayang Si Dara Buat Halwa;
Berilah Kata Simpulan Kasih,
Sulamkan Mesra Satukan Jiwa.

Pantun Ucapan Perasmian

Terbang Di Awan Burung Jentayu,
Di Atas Papan Batang Jerami;
Tampillah Tuan Kami Merayu,
Bersama Ucapan Kata Perasmi.

Daun Semulur Di Pekan Sari,
Batang Jerami Rebah Ke Bumi;
Madah Dihulur Sembah Diberi,
Kata Perasmi Hajatnya Kami.

Jangan Tertawan Alpa Duniawi,
Hanya Indah Serupa Mimpi;
Duhai Pahlawan Ksatria Pertiwi,
Hulurkan Madah Kata Perasmi.

Kalau Tuan Pikat Kenari,
Jangan Patahkan Batang Jerami;
Kepada Tuan Sembah Diberi,
Mohon Rasmikan Majlis Kami.





Pantun Di Akhir Majlis

Banyak Keluk Ke Penarik,
Keluk Tumbuh Pohon Kuini;
Nan Elok Bawalah Balik,
Nan Tak Elok Tinggallah Di Sini.

Bunga Dedap Di Atas Para,
Anak Dusun Pasang Pelita;
Kalau Tersilap Tutur Bicara,
Jemari Disusun Maaf Dipinta.

Pohon Berangan Tempat Bertemu,
Girangnya Rasa Si Anak Dara;
Baliklah Tuan Membawa Ilmu,
Binalah Bangsa Bangunkan Negara.

Di Atas Dahan Burung Tempua,
Melihat Rusa Tepi Perigi;
Salam Perpisahan Untuk Semua,
Dilain Masa Bersua Lagi.

Bunga Seroja Di Atas Para,
Jatuh Ditimpa Buah Berangan;
Andai Kata Tersilap Bicara,
Kemaafan Jua Kami Pohonkan.

Dari Rokan Ke Indragiri,
Membawa Tinta Ke Kuala Linggi;
Baliklah Tuan Rehatkan Diri,
Esok Kita Bersua Lagi.

Dari Kedah Ke Pekan Sari,
Beli Suasa Di Kota Tinggi;
Selesai Sudah Tugas Diberi,
Di Lain Masa Bersua Lagi.

Pantun Buat Warga Emas

Bulan Purnama Ke Pekan Kuah,
Di Tengah Hari Membeli Ragi;
Dirimu Umpama Nyiur Bertuah,
Padat Sari Harum Mewangi.

Curah Serbat Di Atas Lantai,
Basah Tikar Lupa Disidai;
Dikau Ibarat Karang Di Pantai,
Tak Pernah Gentar Dipukul Badai.

Pohon Sena Tepi Perigi,
Tepi Paya Si Pohon Jambu;
Hadirmu Laksana Suria Pagi,
Menyinar Maya Tak Pernah Jemu.

Anak Dara Ke Tanjung Batu,
Janji Bertemu Di Teluk Bayu;
Walau Usia Dimamah Waktu,
Cekal Hatimu Tak Pernah Layu.

Bukan Gua Sebarang Gua,
Gua Penuh Pusaka Bonda;
Bukan Tua Sebarang Tua,
Tua Penuh Ilmu Di Dada.

Pergi Ke Nilai Membeli Jamu,
Jamu Rasa Dari Tenggara;
Tidak Ternilai Jasa Baktimu,
Kepada Bangsa Juga Negara.

Tidak Goyah Pancang Seribu,
Tika Masih Badai Menderu;
Engkau Ayah Engkaulah Ibu,
Menumpang Kasih Mengubat Rindu.

Pohon Beringin Tepi Keramat,
Dengar Siulan Diufuk Barat;
Kalau Ingin Hidup Selamat,
Buat Bekalan Untuk Akhirat.

Beli Keladi Di Pekan Lidup,
Sayang Rasa Lemaknya Kurang;
Taburlah Budi Ketika Hidup,
Kelak Jasa Dikenang Orang.

Pintal Kapas Menjadi Benang,
Tenun Benang Menjadi Sari;
Barang Yang Lepas Jangan Dikenang,
Kalau Dikenang Meracun Diri.

Pohon Senduduk Baru Di Tanam,
Sayang Mati Di Pijak Pak Tani;
Dari Duduk Baik Bersenam,
Senang Hati Sihat Jasmani.

Apa Guna Siparang Panjang,
Kalau Tidak Dengan Tujuan;
Apa Guna Berumur Panjang,
Kalau Tidak Dengan Amalan.

Timba Suasa Ditepi Kali,
Buat Menyimbah Si Tuan Puteri;
Berputus Asa Jangan Sekali,
Jadikan Tabah Pakaian Diri.

Betik Muda Buat Halwa,
Kelapa Muda Santan Dirasa;
Biar Muda Di Dalam Jiwa,
Dari Tua Sebelum Masa.

Kumpulan Berbalas Pantun Melayu




Letak Nampan Bersame Gayong
Depan Berande Tangge Nye Rapuh
Buruk Sampan Rapuhnye Dayong
Demi Adinde Gelombang Ke Tempuh


Sudh Tau Tange Rapuh,
Kenape Pulak D Pjak Lg,
Gelombng Kuat Jgn D Tmpuh,
Awak Mti Die Cri Gnti 

Buruk Sampan Rapuhya Gayung
Jgn Tempuh Kuatnya Gelombg
Jgn Buat Keja Gila Tu Mambg
Tapu Klau Nak Mati


Sirih Terbelit Di Pohon Randu,
Randunya Patah Habislah Asa,
Itulah Sulit Ketika Rindu,
Lautan Dalam Tidak Terasa


Baju Basah Diatas Peti
Indah Warnanya Serbe Cukop
Ape Kesah Klu Nak Mati
Tibe Waktunye Kau Pon Melingkop


Tangkap Gelam Hari Selase
Psang Bendere Beralas Ijuk
Lautan Dalam Tidak Terase
Menggenggam Bare Terase Sejuk


Dayong Sampan Merubah Haluan,
Datang Bayu Laju Menderu,
Mengape Awak Rase Tak Keruan,
Apakah Rindu Datang Menderu_Deru.


Air Tempayan Dicurahkn Jgn
Ambil Sedikit Buat Minum Kopi
Maut Ada Di Tgn Tuhan
Iman Hati Ada Ditgn Sendiri    


Adat Ketam Di Atas Batu
Adat Kuda Makan Di Padang
Adat Tua Berkaseh Satu
Adat Muda Bertukar Sayang


Andang Andang Sebelah Andang..
Andang Mari Di Atas Batu...
Adat Muda Di Panggil Sayang..
Adat Yang Tua Apa Lagi Kata Lah I Luv U.


Ada Tua Berkasih Satu
Ada Muda Bertukar Sayang
Kalau Abang Merasa Begitu
Knape Tak Mau Hidup Membujang


Anak Muda Mnanggung Rindu, 
Org Tua Mmendam Rasa, 
Adat Brkasih Senda Sendu, 
Adat Resam Ikut Sntiasa.  

Hiduplah Jujur Jangan Durhaka
Berterus Terang Janganlah Segan
Jauhkan Bohong Haramkan Dusta
Apa Yang Benar Engkau Katakan


Nasihatmu Itu Sangat Berguna
Setiap Hamba Mesti Amalkan
Janganlah Kita Menambah Dosa
Berperangai Baik Takutkan Tuhan


Janganlah Kita Mnambah Dosa
Berperangai Baik Takutkan Tuhan
Marilah Kita Menghapus Dosa
Yuuuuk Kita Laksanakan Perintah Tuhan


  

 

Naik Kebukit Membeli Lada
Lada Sebiji Dibelah Tujuh
Apanya Sakit Berbini Janda
Anak Tiri Boleh Disuruh-Suruh


Brsembang2 Dgn Cik Nyonya,
Mari Brsembang Diberanda,
Brbini Janda Ada Untungnya,
Ank Ada Pngalamn Brganda.


Makan Besile Kelape Mude.
Kelape Dibeli Dari Melake.
Spe Cakap Senang Bebini Jande.
Anak Die Kecik2 Nyusu Botol Semue Bru Padan Muke. 


Knl Di Facebook Calon Istri,
Bulan Depn Jnji Nk Brsua,
Ank2 Itu Pmbawa Rezeki,
Tempt Brgntung Dihari Tua


Atas Salju Maen Ski.
Tapi Sayang Papanye Patah.
Anak2 Pembawa Rizki.
Tapi Elok Bini Jande Mnta Duet Susu Tk Berenti Renti Menyumpah


Makan Nsik Brsuap-Suap,
Ank2 Disuap Oleh Ibunya,
Itu Kn Dh Memg Tnggungjwb,
Sblum Kwin Fkirkn Smuanya


Berdua Pergi Kpenghulu
Rncana Utk Menikah
Mw Nikah Sudah Dpikir Dulu
Klu Pisah Emang Sdah Tak Jodoh.

Sdah Lma Mnduda Hdup Sendiri
Dpat Janda Dijadikan Bini
Indah Sngat Hdup Berbagi
Walau Dengan Anak Tiri.


Siar Ke Bandar Besama Cik Nyonya
Beli Pula Si Baju Belang
Biar Lah Janda Banyak Anaknya
Dari Dara Yang Berlaku Curang


Naik Kebukit Mbeli Lada
Lada Dibeli Bsama Cuka
Gadis Teruna Duda & Janda
Tiada Beza Semua Manusia


Pilih Pilih Lada
Lada Ada Yang Pedas
Pilih Istri Janda
Dara Banyak Yang Pemalas


Sireh Dimakan Sani
Sani Pulih Dari Sakit Badi
Pilih Lah Buat Diri
Tapi Pilih Tuk Kekal Abadi      


Pohon Beringin Di Tepi Jalan,
Tumbuh Rendang Lebat Daunnya,
Kita Ingin Orang Tak Layan,
Nampak Kita Macam Tak Ada Di Sebelahnya.


Mawar Indah Bnyak Duri Nya..
Layu Tekulai Ditaman Bunga..
Jika Cuek Aja Tingkah Nya...
Senyum Aja Tatap Matanya..


Bertatap Mata Sungguh Bahaya,
Siap Di Sulam Dengan Mentrah,
Hati Terikut Susah Nak Kata,
Nanti Terikut Balik Ke Rumah.


Klo Berpantun Ikut Resepi,
Di Campur Gula Dengan Kopi,
Nak Ajar Orang Saya Tak Reti,
Idea Berpantun Datang Sendiri..


Tumboh Rendang Di Tpi Jlan.
Btang Slaseh Di Tepi Kali
Kt Ingen Oang Tk Layan,
Puta Haluan Cari Yg Sudi


Panas Sungguh Bara Api,
Ada Yang Sudi Saya Tolak Ke Tepi,
Ini Semua Salah Sendiri,
Apa Dah Jadi Saya Malas Nak Cari Pengganti..


Memang Sdah Slah Sndri
Tiade Gune Di Sesal Lg
Klaw Tk Mau Cri Pnganti
Ape Awk Tahan Hdop Sndr


Mau Ke Batam Naik Sri Kandi
Banyak Penumpang Yg Udh Mandi
Ngape Pulak Pagi
Ketawa Ketiwi Yg Blm Gosok Gigi
Naik Sampan Ter Ombang Ambing
Naik Pesawat Tergentak Menerpa Awan
Taun Ini Banyak Berkorban Kambing
Semoga Mudah Di Hari Kemudiaan

Kumpulan Pantun Melayu Berbalas


Terseyum Manis Brwajah Ayu,
Sambil Menjeling Trtunduk Malu.
Udah Puas Ku Pujuk Dan Merayu,
Perlu Ke Aku Ke Rumah Penghulu.


Jelingan Mata Begitu Manja,
Terpaut Wajah Sangat Mempesona,
Jejaka Tampan Sapa Namanya,
Rupanya Si Tampan Bisu Pula....


Di Mana Letak Nya Kasih…
Kalau Bukan Di Dalam Sayang…
Jangan Percayakan Ilmu Pengasih…
Sebalik Nya Pula Berdo’alah Selepas Sembahyang…


Jgn Bersandar Pd Yg Lain
Qadak & Qadar Dtg Dr Nya
Doa Itu Senjata Mukmin
Allah Saja Tempat Meminta


Hati Kasih Pada Sidia...
Berdebar-Debar Terdengar Suara,
Ilmu Pengasih Hanya Sementara,
Suatu Masa Nanti Hilang La Ia 

Dari Jauh Dikira Rendang
Dari Dekat Ternyata Kari
Dari Jauh Selalu Dipandang
Dari Dekat Malah Berlari


Dari Jauh Selalu Di Pandang
Dari Dekat Malah Berlari
Dari Jauh Selalu Di Kenang
Dari Dekat Rasa Benci


Pahat Mana Yg Kita Pegang,...

Pahat Besi Bergagang Kayu,..
Adat Mna Yg Kita Pegang,... 
Adat Jati Orang Melayu,..

Pokok2 Megembang Ceria,

Menghijau Daunnya Terlekat Didahan,
Menantikan Hujan Dan Cahaya Suria,
Untuk Hidup Dan Bertahan.

Tumbuh2an Tumbuh Ditaman,
Tumbuh Menyegar Dan Meninggi,
Memang Ajaib Kuasa Tuhan,
Namun X Boleh Dibandingi.

Tumbuh2an Berbunga,

Memberikan Ia Berwarna Warni,
Melihat Ia Terpinga2,
Bagaimanakah Ia Terjadi.


Naik Rakit Dari Kayu
Ambil Payung Sm Benang Ikat Bambu
Asal Sikit Ngaku Melayu
Tes Bedayung Sm Berenang Tk Tau


Ambil Payong Dengan Benang
Untok Ngikat Batang Bambu
Aku Memang Anak Melayu
Bedayong Tahu Berenang Yang Tak Tau


Naik Raket Dari Kayu,

Raketnye Pule Menggunekan Dayong,
Bukannye Dayong Same Berenang Tidak Tau,
Maklomlah Melayu Kami Tinggal Kat Gunong..

Beraket Raket Kehulu 

Berenang Renang Ketepian.. 
Tak Tau Berenang Hanyutlah 
Kawan Tetarik Aros Sungai. Hahahahha Pantun Tak Nyambong.
 
Hendak Mengael Si Ikan Sepat
Dapat Seeko Ikan Tenggiri
Org Qu Idam Tk Prnh Qu Dpat
Badan Hidup Trase Mati


Saket Menebang Kayu Belobang
Kayu Hidop Di Makan Api
Saket Menumpang Kaseh Nye Org.
Kaseh Di Tanggung Tebenam Di Hati


#Sedeh La Pula Ni..


Kuih Muih Masakan Cik Lijah
Kuih Lompang Dan Kuih Keria
Ingat Hati Hendak Tunjuk Wajah
Tetapi Takut Orang Tak Suka


Mngpe D Tbng Si Phn Nangke
Phn Nangke Bnyk Gtahnye
Apa D Pndng Kpde Rupe
Klau Tk Molek Budi Bhasenye


Kapal Perang Dari Rusia
Di Bawa Belayar Ke Sempadan
Apa Dikesah Pandangan Manusia
Apapun Wajah Itu Ciptaan Tuhan


Sungguh Berharga Si Gading Gajah

Sangat Terkenal Dimana-Mana,
Niat Hati Nak Tengok Wajah
Tapi Sayangnye Awak Tak Pasang Gamba.

Ayam Berkokok Atas Dahan,

Pak Mat Pulak Nak Terakam,
Jgn Takut Pada Tomahan,

Kerana Ia Asam Garam   

Ulat Bulu Mati Beragan
Jatuh Tersusun Diatas Pinggan
Kenapa Nak Malu Dan Merasa Segan
In Shaa Allah Kami Beri Sokongan


Kueh Mueh Buatn Cik Lijah
Kueh Lmpang Dan Kueh Keria
Jngn Tkt Tnjkan Wajah
Karna D Dunia In Tx Ada Yg Smpurna


Pergi Memancing Si Ikan Kelah
Dapat Pula Si Ikan Merah
Wajah Itu Ciptaan Allah
Anugerah Yang Paling Indah


Masam Chuka Abang Dahkata?
Chuka Diperam Oleh Cek'ara ?
Nacam Mana Orang Nak'suka
Muka Macam Kueh Keria ?

 

Ibarat Lilin Membakar Diri,,,,
Terkorban Cair Tanpa Disedari,,,

Jasa Ditabur Tidak Dihargaei ,,,,
Itulah Nasib Orang Berbakti
Benar Sunggoh Kata Cik Jasmi
Itu Lah Nasib Org Berbudi
Tapi Biar Lah Kita Begini
Semua Yg Kita Lakukan Demi Ilahi
Salam Sejahtera Dan Slamat Pagi
Kepada Rakan Fb Ku Abg Jasmi
Ikhlas Kan Diri Bila Jasa Ditaburi

 In Shaa Allah Mendapat Balasan Illahi
Terima Kasih Pemantun Bidiman..
Segala Teguran Serta Ingatan..
Memanglah Terasa Sedikit Terkilan..
Apalah Hendak Dikatakan Itulahcubaan...
Usah Di Fikir Apa Yg Di Beri
Berbuat Kebaikan Tak Minta Di Balas
Hanya Allah Yg Lebih Mengetahui
Budi Baik Kita Allah Juga Yg Membalas 


Slmualaikum Nk Berpantun Lh Ari Nie..

Hendak Pergi Rumah Cik Rai...
Membawa Duit Hanya Seratus....
Kaseh Yg Disimpul Telah Terlerai.

Bawa Duit Dua Ratus,
Duit Dipinjam Dri Mama,
Andai Ksih Sudah Trputus,
Kenanglh Kenangn Wktu Brsama. 


Burung Bangau Ditengah Sawah,

Mencari Makan Diwaktu Petang,
Kasih Sayang Ku Beri Melimpah Ruah,
Tapi Masih Mengaku Kurang Kasih Sayang....

Burung Kenari Terbang Melayang
Terbang Nye Sampai Tepian Jurang
Di Beri Kasih Sayang Kate Nye Kurang
Itu Tande Nye Die Mulai Nak Curang.


Burung Jelatik Siburung Nuri,

Hingap Berteduh Dipohon Meranti,
Memang Itulah Niat Dihati,
Supaya Orang Mudah Simpati 

Nari Balet Di Hari Senjo
Anak2 Bemaen Tali

Orang Cerwet Dah Pegi Kejo
Bukan Maen Senang Nyo Hati

Anak Cina Membakar Dupa......
Anak Melayu Pergi Kenduri......
Hendakku Lupa Tak Dapat Lupa....
Ambil Tali Gantung Diri.....

Anak Cine Pergi Brlari
Anak Melayu Naik Spda
Ne Ksus Gantong Diri
Pasti Gara2 Cinta

Niat Hati Nak Ke Kedai....
Tapi Terlupa Nak Bawa Duet....
Cik Arie Memang Pandai....
Kerana Cinta Jadi Saket...

Pegi Kekdai Membeli Tali
Tali Dibeli Dgan Guli
Utx Ap Mati Bunuh Diri
Kite Mati Die Cari Lgi

Gantglah Diri Jgn Tak Jadi
Org Kampong Tengah Menunggu Ni
Harta Peningalan Jgn Lupa Kasi
Kan Ku Semai Keabadian Cinta Di Kuburanmu Nanti

Anak Cina Membakar Dupa,
Membakar Dupa Didepan Rumah,
Buat Apa Musnahkan Hidup Anda,
Hanya Kerana Seorang Teman

Anak Melayu Memasang Lukah
Lukah Di Pasang Di Tanjung Jati
Kalau Adx Nk Gntung Diri
Gantung Lah Diri Di Pokok Toge

Hendak Lupa Tak Dapat Lupa
Ambil Tali Nak Gantung Diri
Sudah Mati Mahu Jadi Apa
Jadi Hantu Pun Tak Ada Gaji

Orang Cina Membakar Dupa.
Dupa Tumpah Membakar Tikar.
Kalau Abang Tak Bisa Lupa.
Jangan Marah Dg Nyamuk Kelambu Yg Dibakar

Memang Harum Baunya Dupa.......
Kalau Sudah Dupa Dibakar....
Memang Abang Tak Dapat Lupa....
Sampai Tak Sadar Kelambu Terbakar......


Hendak Lupa Tak Dapat Lupa......
Lupa Sebentar Diwaktu Tidur....
Kalau Dah Mati Nak Jadi Apa......
Jangan2 Jadi Hantu Kubur....

Keledek Bukan Sembarang Keledek......
Kledek Berasal Dari Seberang......
Bukan Saye Berfikiran Pendek......
Hanya Melihat Tingkah Laku Orang..

Anak Dara Mandi Disungai,
Sambil Mandi Membasuh Kain,
Bunuh Diri Bukan Jalan Penyelesai,
Jangan Dengar Hasutan Syaitan

Burung Elang Minum Jamu
Buah Keranji Pucuk Paku
Jangan Hilang Kasih Syg Mu
Aku Tetap Memegang Dengan Janji Ku

Cemara Pulang Senja Hari
Awan Berarak Menutup Mentari
Kasih Sayang X Kan Luput Dihati
Andai Allah Memberkati

Puji Sukur Pada Allah
Kasih Syg X Kan Di Pisah
Semakin Di Renung Semakin Parah
Anaknda Beserah Kepada Allah

Aduhai Anakanda Kenapa Berserah
Ini Kan Semua Ujian AllĂ h
Jgn Anakanda Menyerah Kalah
Setiap Ujian Ada Hikmah

Terharu Seloka Kamu Berdua
Walaupun Jauh Tetap Mesra
Bonda Tunggu Saat Bersua
Jgn Lah Gundah Wahai Anakanda

Kelapa Tua Dibelah Belah..
Sudah Dibelah Lalu Dikukur..
Sunguh Banyak Nikmat Allah..
Janganlah Kita Lupa Bersyukur.
Apa Guna Menanam Selaseh
Selaseh Tumbuh Di Pijak Pijak
Apa Guna Menanam Kaseh
Kaseh Ku Beri Di Balas Nya Tidak

Selaseh Tumbuh Dipijak- Pijak......
Kain Panjang Di Buat Tali...
Dikasi Kasih Dibalas Tdak.....
Cari Pandangan Yang Lain Lagi...

Sdah Brseh Air Beriak,
Bla Dpakai Sdah Tak Ape.
Kite Kaseh Dia Tidak,
Itu Namenye Cnte Kelape

Selaseh Tumbuh Dipijak- Pijak
Hbis D Pjak Tdk D Ganti
Ksih D Semai Brbls Tidak
Jgn Cari Dukun Tp Cri Pngganti

Anak Burung Membuat Sarang.
Terbang Tinggi Sayap Nya Lemah.
Tadi Pagi Aku D Seberang
Sekarang Udah Sampai D Rumah.

Dari Jaih Nampak Kapal Ku,
Singah Sebentr Membli Suduh,
Dri Jauh Nampak Abang Ku,
Trasa Diri Di Tusuk Sembilu

Dirgahayu Rasa Tak Pupus Usia,
Putih Dititik Sedikit Noda,
Layu Senja Disambut Ria,
Dek Kerana Hati Tak Kenal Pencipta.

Ada Burung Dalam Sankar
Burung Lepas Salah Tankap
Ya Buat Apa Kita Bertenkar2
Itu Gk Ada Untung Ya.?

Naeklh Raket Kmuara Teladan,
Buangkan Sauh Kerana Lelah
Sdlh Naseb Dkandung Badan,
Dlh Jtuh Tetimpa Tangga Pulah

Anak Itek Di Kolam Orang
Pandai Melompat Pandai Berlari
Biar Tak Cantek Di Pandang Orang
Asal Bersantun Penuh Berbudi

Pergi Ke Pasar Membeli Nenas
Tidak Lupa Membeli Dodol
Siang Ini Terasa Sekali Panas
Enaknya Klw Minum Es Cendol

Makan Lakse Dengan Kedondong.....
Duduk Bersile Di Warung Pak Aji.....
Pagi Selase Cuace Mendung.....
Macam Manelah Saye Ndak Pergii...

Ikan Keli Ikan Gulama
Ada Juga Ikan Pelata
Selamat Pagi Wahai Semua
Semoga Bahagia.

Ikan Cucot Pergi Ke Laot
Berenang Sambil Menggoyang Pontot
Apo Isi Dalam Peghot
Peghot Boncet Isi Nyo Kentuttt

Buah Jambu Tiga Serangkai
Ku Ambil Satu Sisa Nya Dua..
Ilmu Apa Yg Adik Pakai
Hingga Aku Tergila-Gila.?

Makan Siang Berlauk Ikan,
Ikan Berasal Dari Seberang,
Badan Ku Kurus Bukan Tak Makan,
Memikirkan Jodoh Di Ambil Orang

Hujan Panas Turun Berderai
Guruh Menyambar Pohon Jati
Kasih Sayang Tak Boleh Bercerai
Bagaikan Rambut Bersimpul Mati

Berbuah Lebat Pohon Mempelam
Rasanya Manis Dimakan Sedap
Bersebarlah Adat Seluruh Alam
Adat Pusaka Berpedoman Kitab

Anak Merak Kampung Cina
Singgah Berhenti Kepala Titi
Emas Perak Kebesaran Dunia
Budi Bahasa Tak Dapat Dicari



Buah Asam Buah Lakum,
Assalamualaikum,

Enak Tidur Di Bawah Kolong,
Mimpi Di Kejar Sama Si Bebek,
Kalaw Lh Boleh Saye Minta Tolong,
Carikan Saye Seorang Cewek,

Beli Kaca Di Buat Gelas
Yang Baca Ayo Di Balas

Burung Gelatik

Terbang Melayang
Saye Tak Cantik
Tapi Penyayang

Pergi Kepekan Beli Tengiri

Tengiri Mati Di Atas Papan
Skrg Nampak Nye Dah Tngah Hari
Jom Lah Kete Prgi Makan

Ikan Gabus Di Rawa Rawa

Ikan Belut Nyangkut Di Jaring
Perut Ku Sakit Menahan Tawa
Gigi Palsu Campak Ke Piring


Tanam Selalseh Di Pagi Hari

Selaseh Ditanam Tumboh Keladi
Beribu Kaseh Telah Kuberi
Engkau Pergi Tak Ngaba Lagi

Kalau Turi Katekan Turi
Turi Pahit Sampai Kebatang
Kalau Pergi Silakan Pergi
1 Pergi 10 Yang Datang

Cinta Laura Plkon Sntron

Prnh Brlkon Dgn Sye
Kite Ini Cme Brpnton
Hnye Untk Brsuke Rie..

Jangan Adek Bermain Guli

Kene Sengat Si Ikan Debam
Jangan Adek Bermain Janji
Ibarat Senjate Memakan Tuan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Saya Anak Teluk Paku - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger